Wednesday, July 1, 2009

Mengarut tak sudah

Hidup saya sekarang sangat penat dan membosankan.
Hari-hari fikir pasal rumah dan duit saja.
Selagi usaha belum nampak hasil, blog ini akan kekal bosan.

Sangat merindui sessi minum pagi sampai ke tengah hari dengan rakan-rakan evilish yang sekarang ramai sudah jadi tunang orang, bini orang, dan mak orang.

Woii!!! Jom lepak!! Aku janji tak cakap pasal duit dah... hahah

Sangat merindui bergelak ketawa juga.
Sejak akhir-akhir ini sessi bergelak ketawa bersama suami adalah terhad. I wonder why.

Yang paling dirindui ialah sessi shopping tak ingat dunia bersama Aien.
Baru beli kasut baru minggu lepas tapi kasut itu hanya menjadi sangat cool and awesome kalau dipakai bersama mini skirt tapi kaki yang berparut adalah tidak enak jika mahu pakai mini skirt.
Lagipun harus akan dilempang suami sebelum sempat mahu langkah kaki keluar rumah.

Mungkin.

P/S: Aien, mungkin kita harus tunggu abang pergi outstation kemudian boleh keluar dengan mini skirt tapi amaran, harus pergi ke tempat-tempat yang lighting dia dim sahaja supaya parut di kaki tak kelihatan tapi dapat menunjuk kasut yang sangat awesome. (Jangan bagitau abang)

5 comments:

mariamsss.blogspot.com said...

chess..
giler ke aper..
nak pakai mini skirt..
tapi menarik gak idea tuh..
if nak pakai ajak aku sekali eh...;p

my tots said...

x pergi kuching dah .. rase outstation part dah org laen amik aleh... tp nanti ade training pergi island.. amacam??? mesti kamu mahu ikot...

FatiYahh said...

maryam, pasti ajak kau tapi kau kena pakai jugak tau. pastu kita tunjuk cleavage skali. kalau ada cleavage la. hahaha.

FatiYahh said...

tiada outstation?

deymn! tak dapatlah bermini skirt

Aien said...

Hehe sy on je..anytime.mmg zaman dajal pn ni.abg pica dok rmh jg rania ok