Tuesday, September 29, 2009

Raya update (la sangatt)

Nak update pasal raya tapi no idea how to start and how to make it interesting without the usual raya pertama raya kedua stories tapi sumpah tak pandai. Patutla follower ade 16 je. (T_T)

Anyway, raya tahun ni best so far kot (kecuali masa zaman kanak2 la mana boleh challenge keseronokan beraya time kanak2). Sebab kami berjalan sakan dan budak kecik tu dah besar dan seronok juga bawa berjalan.

Nanti update lagi subsequent stories but for now enjoy the pictures!










Fore more pictures sila jengah facebook saya. Dah create badge tepi tu hopefully berfungsi la gamaknye.

Monday, September 28, 2009

Mode or Mood?

Raya mode still on walaupun tak sedar diri dateline dah dekat.
Boring dowh balik kerja tapi takde rakan sembang nak cerita hal-hal menarik di hari raya.
Kalau aku sambut CNY mungkin lebih exited.



Dah Dah.
Dateline dah dekat! Sila insaf!

Thursday, September 17, 2009

Perkara yang di rindu bila dah nak dekat raya.

Mesti semua dah takde mood nak kerja (Macam I sebab tu la sampai update blog 2 kali) dan yang pasti start Sabtu sampai Ahad depan traffic blog mesti jatuh menjunam jadi 2 orang je baca. Huhu.

Woh tiba-tiba teringat dulu masa Celcom belum sampai coverage ke kampung dan streamyx adalah masih TM Net dail 1515 lepas tu kena tunggu nak verify username & password pun dah sejam, semua exited bila pagi raya nak sms kawan-kawan dan boipren yang jauh di mata.

Jadi I yang kampung adalah tengah-tengah sawah bendang kena letak handphone dekat dengan atap baru dapat coverage woh tapi tak patah semangat panjat apa yang patut sebab nak wish selamat hari raya cayangggg (blueghh tp betul). Lepas tu sms masuk bercurah-curah ucap selamat hari raya tapi tak boleh reply sebab kalau alih handphone dari atap terus coverage hilang. (T_T)

Lepas tu Raya bila sampai kampung je, I dan abang-abang dan pakcik makcik yang masa tu semua still solo mula la bersepah kat tengah bendang sorang, tepi taik lembu sorang (tak paham apa kaitan taik lembu dengan coverage tapi ada woh), panjat pokok mangga sorang semata-mata nak berbual dengan buah hati. Bila mak pak cari sorang-sorang lesap sebab nak cari coverage telepon.

Ada jugak one time siap abang ajak pergi town malam-malam sebab nak bergayut. Sampai town semua bersepah cari privasi sebab nak gayut telepon cakap lembek-lembek loving la konon tu.

Yang paling tension mestila I yang bercinta dengan pakwe suka letak handphone rata-rata bila I berjaya panjat pokok mangga atau berjaya harung sawah nak dapat coverage dia tak angkattt weh. Tension tak??? Susah weh nak dapat coverage kau tau takkk???

Hehe. Nak tergelak bila teringat tapi tu la kalau sekarang dah takde dah sms pagi raya semua dah wish awal2 dalam email/blog. Pakwe pun dah tukar status jadi 1st time bawak dia balik kampung dulu terus cerita ha sawah ni I harung nak cakap ngan you tapi u tak angkat (sambil ungkit dendam lama) haha. Coverage pun dah masuk tak payah simpan handphone dekat atap lagi.

Huh, rindu pula nak balik kampung. :)

Mana tempat makan best kat KL yang cheap cheap?

Hari ni nak bukak puasa dekat luar dengan kesayangan saya Aien.

Dia ajak gi Ole Ole Bali tapi baruuu je pergi last month so tak rasa nak pergi lagi sebenarnya...

Since dah lamaaaaaa sgt tak makan luar yang hebat2 dan best2 (isk sedih pulak), boleh tak korang tolong suggest tempat makan best yang tak men-damage-kan wallet kami???

PLEASE..... so that I can persuade her to go somewhere else.. Hehe

Wednesday, September 16, 2009

Sumi Jelly!

So, confirm kena balik opis balik maybe this Friday dah nak angkut balik segala desktop bagai (iye company aku kedekut still pakai desktop). After raya berkampung la balik di opis..

Blog update? Hopefully berupdate la ye.. Walaupun langsung takde faedah blog ni tapi layan je la.

Anyway, semalam en suami mengajak ber-shopping raya padahal ahad lepas dah pukul abes dah sebab katanya dia suka je nak memanjakan isteri dia ni.. Auuuuwww sweet gittew. Sebab last week dapat beli selai je baju raya I yang lain-lain semua si kecik tu punye. Isy. Not fair la kononnye tapi semalam alih2 buat rugi duit minyak+toll+parking je pergi OU sebab satu benda pun tak terbeli.

Masalah biasa, baju cantik bila pakai tak cantik sebab perut jelly ni. Isyyyy.. Walaupun dah kurus sikit (ecececeh) tapi still jelly tu tak dapat nak buang. Mummy yang kurus2 di luar sana, apakah rahsia nak buang perut jelly ni. Help!

What ever pun, semangat raya dah datang ni. Hehehe. This year will beraya kat umah mertua dulu then raya ke-2 or ke-3 baru pergi kelantan jumpa my family kat sana sebab they all raya pertama dah bertolak ke Kelantan jumpa nenek I.

So Reeva, mari kita beraya bersama? hehe.

Monday, September 14, 2009

Tips bonding anak beranak.

Sekarang bangun fesbuk, tidur fesbuk, makan fesbuk, segala-galanya pun fesbuk.


Semua sebab penangan Fish World/Farmville yang menjadi kesayangan si kecik tu. (Terutamanya Fish World lah)



Starting point adalah kami suami isteri yang sentiasa loving dan mesra telah spend time together dengan cara suami bukak fesbuk tanam stoberi, isteri bukak fesbuk tanam terung lepas tu bagi gift pokok ceri sambil senyum-senyum tinggal notes. Padahal dalam bilik sama weh. Lepas tu ada si kecik yang of course la nak menyempit sama telah naik ke atas katil dan ikut stail ibu menanam.



See dia meniarap tiru cara ibu menanam.


Jadi sebab si kecik pandai sebut fish, ibunya teruslah layan fish world pula dengan harapan si kecik duduk diam-diam tak payahla sekejap nak panjat kerusi lepas tu nak terjun tiruk.


Mana la nak tahu si kecik attached habis-haabisan pulak pandang aquarium palsu dalam screen computer sampai tertidur.Sekarang pulak bila nak tidur mesti ada bunyi air aquarium weh baru lena.



Dia pun nak tekan jugakkkk..
Jadi sekarang ada pulak sessi bonding anak beranak bersama fesbuk. Heheh. Oraitla tu kan?
Gambar terakhir utk tatapan. hehe. Bye Bye!

Friday, September 11, 2009

Saya yang bengong..

Rv, I terdelete comment you without even reading it.
Uwaaaa!!!!
Kalau rajin comment balik boleh?
Nak tau you tulis ape....

I am soooooooo clumsy laaaaaa..
Heisyyy!

H1N1, is it over?

Macam ada kemungkinan nak kena balik opis balik je..

We'll see.

Today is Friday! Yahoooooooo!

Shopping raya langsung tak buat lagi.
Kuih raya tempah 1 je. Hahaha. Berjimat cermat betul tahun ni.

On a different matter, semalam baru sign facility agreement untuk rumah hari tu..
I know.. lambat kan?
Padahal letter of offer dah sign from June lagi weh then ada amendment on July tapi September baru lawyer call nak suruh sign agreement.
Risik punya risik turn out the banker yang lembab nak mati padahal kitorang gigih call dia frequently la jugak tanya status.
Heisssyy!

Takpe yang penting banyak pengalaman dapat kutip. Tu yang penting kan?

So right now baru nak proceed repair apa yang patut maklumlah beli rumah auction je bukan rumah baru.... Itu la sebab raya tak berapa nak sakan sebab pikir cost baik pulih & harusla semangat nak decorate rumah kan.

Jadi raya pakai je lah baju 3 tahun lepas sebab orang mesti dah lupa aku ada baju tu so orang mesti ingat baju baru.

Dem it! dah bagitau kat sini mampus satu dunia tahu aku raya pakai baju 3 tahun lepas (T_T)

Notakaki: En. suami sila jadi kasihan pada saya dan ajak shopping raya weekend ni ( entry ada makna ni)

Thursday, September 10, 2009

To be a better Muslim.. I hope..

Ever heard of 15 Malaysia project?

Well, this is one of the short film produced for that purpose.




Best kan?
Saya sangat suka Tuan Guru Nik Aziz. A very humble person even he is one of the greatest leader. Dulu pernah at 1 point saya search kat google every ceramah yang dia pernah buat dan kusyu' je saya dengar.

Saya suka sebab semua ceramah dia sangat berilmu dan tak begitu ekstream. Sejuk je hati dengar dan terus rasa macam nak jadi umat yang lebih baik. He show us (at least me) another way to see Islam and appreciate how beutifull Islam is.

When he talk about planting a tree is also ibadah, he was actually trying to hint to us how easy it is dalam mencari keberkatan dan keredhaan Allah. Maaflah nak cakap tapi kebanyakkan ustaz/uztazah/orang alim lebih suka fokus dan beratkan pada benda-benda yang berat when it comes to Islam.

Saya paling suka bila dia kata bukan sembahyang sahaja yang Ibadah sebab ramai yang saya jumpa kuat sembahyang tapi tiada tanggungjawab dan tidak peduli hal lain. Ramai juga yang pandang serong pada orang lain dan ingat diri bagus sebab banyak sembahyang padahal diri sendiri langsung tak membuat kebaikan lain di muka bumi. Mengumpat tak usah kira lah.

Pendapat peribadi saya, memanglah kebanyakkan orang Islam sekarang lahir dalam Islam. Tapi jujurnya berapa ramai sangat yang lahir dan dibesarkan betul-betul mengikut cara Islam? Tak masuk pengaruh luar lagi dan macam-macam hal jadi even untuk berdakwah sesama Islam pun kenalah cari jalan yang halus.

Iman kan tak dapat diwarisi?

Tak setuju?

Notakaki1: Bila saya kata kuat sembahyang tu saya maksudkan yang sunat.. Bukan yang wajib. Yang wajib tak kira kuat tak kuat kena complete juga sehari semalam. Itukan rukun kita sebagai Islam.Peringatan untuk diri sendiri juga.

Notakaki2: Rasa nak tanam pokok besar yang berbuah la pulak... hehe

Wednesday, September 9, 2009

Fatiyyah+focus=Fail BIG TIME!

This week is a pretty much hectic week for me as I have to meet most of the datelines by 10th.
And because working from home isn't as easy as I thought, here I am working my ass till late everyday just to meet the dateline.

It surely need lots of focus and self-discipline to work from home.

Tapi kalau nampak anak terkedek-kedek berlari tak ke rasa nak tinggal semua kerja then pergi layan dia?
Kalau nampak katil sebelah je meja tak ke rasa nak baring je lagi-lagila time puasa ni kan?

So, saya simpulkan bahawa work from home ni sama cam study dalam bilik masa kat universiti dulu.

Last minit la nampak gayanya.

Jadi excuse me for the lack of update this week ye. Next week dateline tinggal 2 je so bolehla bercengkerama balik.

Friday, September 4, 2009

Snapshot.

Ngantuk.
Esok je la update.
hehe

Thursday, September 3, 2009

Layout baru lagi.

hehehehehehehehehehhehehehe.

Nanti baru update.
Skang boss tengah mintak account.
Urgent katanya.

Daa

Tuesday, September 1, 2009

Manusia yang gigih

Tengah update blog dalam kereta depan Uptown White Coffee.
Gigih tak?

Sebenarnya on the way back from office.
Line telephone kat rumah rosak orang TM ni tak datang-datang tension weh.
Terpaksa pergi ofis buat kerja isyyyh.

Sila doa line telephone cepat sembuh supaya dapat update blog.
Cheh bukan nak buat kerja.

Hehhe.

Babai!