Monday, September 14, 2009

Tips bonding anak beranak.

Sekarang bangun fesbuk, tidur fesbuk, makan fesbuk, segala-galanya pun fesbuk.


Semua sebab penangan Fish World/Farmville yang menjadi kesayangan si kecik tu. (Terutamanya Fish World lah)



Starting point adalah kami suami isteri yang sentiasa loving dan mesra telah spend time together dengan cara suami bukak fesbuk tanam stoberi, isteri bukak fesbuk tanam terung lepas tu bagi gift pokok ceri sambil senyum-senyum tinggal notes. Padahal dalam bilik sama weh. Lepas tu ada si kecik yang of course la nak menyempit sama telah naik ke atas katil dan ikut stail ibu menanam.



See dia meniarap tiru cara ibu menanam.


Jadi sebab si kecik pandai sebut fish, ibunya teruslah layan fish world pula dengan harapan si kecik duduk diam-diam tak payahla sekejap nak panjat kerusi lepas tu nak terjun tiruk.


Mana la nak tahu si kecik attached habis-haabisan pulak pandang aquarium palsu dalam screen computer sampai tertidur.Sekarang pulak bila nak tidur mesti ada bunyi air aquarium weh baru lena.



Dia pun nak tekan jugakkkk..
Jadi sekarang ada pulak sessi bonding anak beranak bersama fesbuk. Heheh. Oraitla tu kan?
Gambar terakhir utk tatapan. hehe. Bye Bye!

3 comments:

yusrizal said...

teknik bonding terkini di zaman IT...

FatiYahh said...

Yela, ko neighbor aku kan? haha. Bonding seh kita. haha

Rose Nieza said...

sangatttttttttttttttt suke entry ni. (nampak sgt dah lame aku x bace blog ko Yah). :P