Mesti semua dah takde mood nak kerja (Macam I sebab tu la sampai update blog 2 kali) dan yang pasti start Sabtu sampai Ahad depan traffic blog mesti jatuh menjunam jadi 2 orang je baca. Huhu.
Woh tiba-tiba teringat dulu masa Celcom belum sampai coverage ke kampung dan streamyx adalah masih TM Net dail 1515 lepas tu kena tunggu nak verify username & password pun dah sejam, semua exited bila pagi raya nak sms kawan-kawan dan boipren yang jauh di mata.
Jadi I yang kampung adalah tengah-tengah sawah bendang kena letak handphone dekat dengan atap baru dapat coverage woh tapi tak patah semangat panjat apa yang patut sebab nak wish selamat hari raya cayangggg (blueghh tp betul). Lepas tu sms masuk bercurah-curah ucap selamat hari raya tapi tak boleh reply sebab kalau alih handphone dari atap terus coverage hilang. (T_T)
Lepas tu Raya bila sampai kampung je, I dan abang-abang dan pakcik makcik yang masa tu semua still solo mula la bersepah kat tengah bendang sorang, tepi taik lembu sorang (tak paham apa kaitan taik lembu dengan coverage tapi ada woh), panjat pokok mangga sorang semata-mata nak berbual dengan buah hati. Bila mak pak cari sorang-sorang lesap sebab nak cari coverage telepon.
Ada jugak one time siap abang ajak pergi town malam-malam sebab nak bergayut. Sampai town semua bersepah cari privasi sebab nak gayut telepon cakap lembek-lembek loving la konon tu.
Yang paling tension mestila I yang bercinta dengan pakwe suka letak handphone rata-rata bila I berjaya panjat pokok mangga atau berjaya harung sawah nak dapat coverage dia tak angkattt weh. Tension tak??? Susah weh nak dapat coverage kau tau takkk???
Hehe. Nak tergelak bila teringat tapi tu la kalau sekarang dah takde dah sms pagi raya semua dah wish awal2 dalam email/blog. Pakwe pun dah tukar status jadi 1st time bawak dia balik kampung dulu terus cerita ha sawah ni I harung nak cakap ngan you tapi u tak angkat (sambil ungkit dendam lama) haha. Coverage pun dah masuk tak payah simpan handphone dekat atap lagi.
Huh, rindu pula nak balik kampung. :)
2 comments:
kak saida :)
selamat menyambut aidilfitri...mohon maaf zahir dan batin sekiranya ader yang terasa di hati..Semoga sambutan lebaran tahun ini memberi kegembiraan..InsyaAllah :)
salam...
hey babe...
Mr.Doc & I would like to wish YOU & FAMILY peace, happiness & prosperity on EID-UL-FITR!!!
May the divine blessings of ALLAH be with you & family on EID & Always!!!
:D
Post a Comment